Friday, March 13, 2009

"JASA MU DIKENANG"

13 Mac 2009
Jamuan Perpisahan dari guru-guru SK. Desa Putra untuk Pn. Hjh. Wan Nur Fadriah bt. Wan Idris ( Mantan Guru Besar SK. Desa Putra ), Pn. Norihan bt. Abdulah dan Pn. Hjh. Hairani bt. Hj. Hassan telah diadakan di Astana Dugang Country Resort " Teratak Hijjaz ". Jasamu dikenang. Banyak pengalaman manis sepanjang bertugas di SK. Desa Putra. Begitulah setelah bertukar tempat bertugas. Masa di SK. Desa Putra tak terasa, dah pindah barulah teringat kan kawan-kawan. Lumrah hidup le tu.....
Sebenarnya banyak jasa yang disumbangkan oleh Pn. Hjh. Wan Nur Fadriah ( mantan guru besar ) terhadap sekolah. Walaupun kehadiran beliau tidak sampai tiga tahun tapi, sentuhannya memberi seribu makna buat semua warga SK. Desa Putra. Pendekatan yang mesra terhadap semua guru dan ibu bapa membuatkan beliau senang didekati. Beliau juga banyak merancang program untuk sekolah dan memikirkan kemajuan anak-anak bangsa terutama pelajar-pelajar. Begitu juga kepada Pn. Hjh. Hairani dan Pn. Norihan persahabatan kalian bersama kami tetap kami kenang. Dari kami " Selamat Bertugas" di tempat baru dan jangan lupakan kami....
Majlis ringkas tapi mesra.























































Saturday, July 19, 2008

HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU
Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

ANUGERAH PERTAMA TOKOH GURU (1975)
Puan Hajah Zainun bte Munshi Sulaiman (Allahyarhamah)
Encik Mohd. Nor bin Ahmad
Encik Ting Pin Sung
Encik A.V. Perumal
Encik Tan Chong Bee

Sumber: Perpustakaan Negara Maaysia

TEMA-TEMA HARU GURU

1972 - Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 - Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan
1974 - Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan Teknologi
1975 - Guru Dengan Pembangunan Negara
1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1977 - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 - Guru Pembentuk Generasi akan Datang
1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 - Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 - Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 - Guru Cemelang Teras Kejayaan Wawasan
1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan